mcmc
Sejarah

Sejarah

Sejarah

   Long Beruang,berasal dari nama sungai.’Beruang’ dalam bahasa Penan bermaksud  aliran sungai yang banyak tempat air terjun.Sebelum menetap di Kampung Long Beruang yang sekarang,ada dua tempat yang di diami sebagai penempatan pertama dan kedua.Yang masing-masing 1000 meter di hulu kedudukan kampung yang sekarang ini. 

   Perpindahan tempat tersebut adalah kerana kampung ini dihanyutkan banjir.Ketua kampung pertama yang membawa pengikut yang awal menetap setelah mengamalkan kehidupan berpindah-randah kerana pada zaman dulu hanya mencari makanan,berburu dan mendapat sagu dari palma hutan(uvut) yang disebut apo dan na’o hanya didapati daripada hutan.Sejak generasi demi generasi lamanya…(1800)

   Ketua Kampung yang pertama membuat keputusan untuk menetap di tempat yang pertama disertai oleh adik beradik dan saudara maranya yang terdekat.Ini kerana nenek moyang yang terdahulu telah meninggal dunia di lembah sungai Baram(Kusan),Benali,Balong,Puak,Lebun(Pa’ Depur)Sarawak,sebelum Perang Dunia Pertama.Ini kerana memudahkan beliau dan cucu menziarahi tempat pekuburan nenek moyang tersebut.

  Loi Juan,Ketua Kampung Long Beruang yang pertama,menganut agama Kristian(Evangelical Missionaries) Borneo Evangelical Missionary (BEM)dan diikuti oleh semua ahli keluarga yang lain pada 1940 dan awal 1950an.Di bawah penyebaran pendita-pendita agama ..Phyllis Webster(Pendita Rungu dan Marjory Britza(Pendita Rinai) Penterjemahan Bible ke dalam Bahasa Penan selama 4 tahun di kampung penan,Long Lamai petempatan penan yang pertama.Baram,Sarawak.

Sebuah kelas agama dibina di petempatan penan yang pertama ini membuka peluang orang muda untuk belajar  agama.Ketua Kampung Loi Juan membawa anak buah menghadiri kelas-kelas agama Kristian (BEM) yang akhirnya sekarang di ambil alih oleh kerajaan dan diberi nama sekarang SK Long Lamei(1957)sebaik saja Malaysia Merdeka dan menetap   di Kampung Long Beruang.